Tuesday, August 10, 2010

Mesyuarat PPSMI Ke-2

Lokasi: Makmal Beta
Tarikh: 10 Ogos 2010
Masa: 1.10-3.10 ptg
Kehadiran: Guru Matematik, Guru Sains dan Guru B.Inggeris bagi kedua-dua sesi pagi dan petang.

Ucapan pendahuluan oleh Pn Mahmudah selaku pengerusi majlis. Turut kelihatan Pn pengetua dan Pn Tan.


Guru-guru kusyuk mendengar ucapan yg disampaikan...


...sehinggakan ada yang terpejam.


Pembentangan post-mortem ujian sains meliputi subjek sains, fizik, kimia dan biologi yang telah disampaikan dengan yakinnya oleh Pn Noraini


Pembentangan Panitia Math yg melibatkan subjek Matematik dan Matematik Tambahan yg telah disampaikan oleh En Nazalan.


Kelibat Kak Ros, Kak Jahan, Kak Suza, Kak Yana & Pn Ng yg sedang bersantai kerana ketiadaan kerusi yg mencukupi...


Pn Yurnie yg sentiasa tersenyum riang...dan juga kak yana yg dah ada kerusi nampaknya...


Ucapan penutup oleh pengerusi PPSMI Svian

Friday, August 6, 2010

Demo how to create blog [6 Ogos 2010]

Hari ini Jumaat, taklimat pg jumaat diganti dengan demonstration membuat blog. Dibahagikan kpd 3 kumpulan, guru2 di ajar teknik asas membuat blog. Di Makmal Beta, demo dikendalikan Pn Suhaila.

Monday, August 2, 2010

Selamat menempuh Ujian 3

Pihak admin Panitia Matematik mengucapkan selamat menempuh Ujian 3 buat pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Seksyen 5 Wangsa Maju. Ujian bermula esok 3 Ogos 2010...

Wednesday, July 28, 2010

Sekitar Program Latih Tubi Terancang PMR (Math) 27 Julai 2010

PROGRAM LATIH TUBI TERANCANG PMR MATEMATIK 2010
Kumpulan 1: 3B,3C,3D,3F,3K
Kumpulan 2: 3A,3E,3G,3H,3I,3J


Sesi latihan yang diadakan di kelas masing-masing. Guru masuk mengikut jadual kelas seperti biasa. Sesi ini diadakan pada jam 7.30-9.10 pg.


Salah satu kelas latihan yang dikendalikan oleh En Khairul.


Teknik menjawab soalan dikendalikan oleh En Nazalan. Perbincangan yang melibatkan kumpulan 2 ini berlangsung dari jam 9.15-9.50 pg bertempat di Dewan Terbuka.


Perbincangan turut dibantu oleh Pn Lim. Satu lagi slot dijalankan di PSS bg kumpulan satu. Guru-guru lain yang terlibat ialah Pn Ruslina, Pn Lim, Pn Azian dan Pn Ng.


Para pelajar sedang tekun mendengar.

Blog Progress

Assalamualaikum dan salam berbahagia....
Sedikit makluman dari pihak admin Blog Math SMK Seksyen 5, blog ini masih dalam proses untuk dibangunkan dan dikemas kini. Setakat harini sekitar 35% telah disiapkan. Guru-guru Matematik sedang mengumpul data, analysis peperiksaan, gambar-gambar serta bahan akademik untuk dimuatkan dalam blog ini. Diharap para pengunjung web terus mengikuti perkembangan blog ini. Thanks for the support. All the best for all Math's teachers....