Wednesday, July 28, 2010

Sekitar Program Latih Tubi Terancang PMR (Math) 27 Julai 2010

PROGRAM LATIH TUBI TERANCANG PMR MATEMATIK 2010
Kumpulan 1: 3B,3C,3D,3F,3K
Kumpulan 2: 3A,3E,3G,3H,3I,3J


Sesi latihan yang diadakan di kelas masing-masing. Guru masuk mengikut jadual kelas seperti biasa. Sesi ini diadakan pada jam 7.30-9.10 pg.


Salah satu kelas latihan yang dikendalikan oleh En Khairul.


Teknik menjawab soalan dikendalikan oleh En Nazalan. Perbincangan yang melibatkan kumpulan 2 ini berlangsung dari jam 9.15-9.50 pg bertempat di Dewan Terbuka.


Perbincangan turut dibantu oleh Pn Lim. Satu lagi slot dijalankan di PSS bg kumpulan satu. Guru-guru lain yang terlibat ialah Pn Ruslina, Pn Lim, Pn Azian dan Pn Ng.


Para pelajar sedang tekun mendengar.

Blog Progress

Assalamualaikum dan salam berbahagia....
Sedikit makluman dari pihak admin Blog Math SMK Seksyen 5, blog ini masih dalam proses untuk dibangunkan dan dikemas kini. Setakat harini sekitar 35% telah disiapkan. Guru-guru Matematik sedang mengumpul data, analysis peperiksaan, gambar-gambar serta bahan akademik untuk dimuatkan dalam blog ini. Diharap para pengunjung web terus mengikuti perkembangan blog ini. Thanks for the support. All the best for all Math's teachers....

Monday, July 26, 2010

Latih Tubi Terancang PMR 2010




Latih Tubi Terancang PMR 2010 merupakan program yang dilaksanakan bagi pelajar tingkatan 3 sebagai persediaan menghadapi PMR. Program ini akan bermula pada hari Selasa 27 Julai 2010 iaitu esok. Slot Matematik juga adalah esok dengan pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan besar. Kertas soalan latih tubi Matematik telah disediakan oleh Pn Ruslina. Terdapat 20 buah soalan yang merangkumi topik-topik utama. Diharap para pelajar dapat mengambil peluang dari program ini.

Sunday, July 25, 2010

Sejarah matematik

Matematik (dari bahasa Yunani: μαθηματικά - mathēmatiká) adalah studi besaran, struktur, ruang, dan perubahan. Para matematikawan mencari berbagai pola, merumuskan konjektur baru, dan membangun kebenaran melalui metode deduksi yang kaku dari aksioma-aksioma dan definisi-definisi yang bersesuaian.
Terdapat perselisihan tentang apakah objek-objek matematik seperti bilangan dan titik hadir secara alami, atau hanyalah buatan manusia. Seorang matematikawan Benjamin Peirce menyebut matematik sebagai "ilmu yang menggambarkan simpulan-simpulan yang penting". Di pihak lain, Albert Einstein menyatakan bahwa "sejauh hukum-hukum matematika merujuk kepada kenyataan, mereka tidaklah pasti; dan sejauh mereka pasti, mereka tidak merujuk kepada kenyataan."

Sejarah Matematik : Tahukan anda?

Evolusi matematika dapat dipandang sebagai sederetan abstraksi yang selalu bertambah banyak, atau perkataan lainnya perluasan pokok masalah. Abstraksi mula-mula, yang juga berlaku pada banyak binatang, adalah tentang bilangan: pernyataan bahwa dua apel dan dua jeruk (sebagai contoh) memiliki jumlah yang sama.
Selain mengetahui cara mencacah objek-objek fisika, manusia prasejarah juga mengenali cara mencacah besaran abstrak, seperti waktuhari, musim, tahun. Aritmetika dasar (penjumlahan, pengurangan, perkalian, dan pembagian) mengikuti secara alami.
Langkah selanjutnya memerlukan penulisan atau sistem lain untuk mencatatkan bilangan, semisal tali atau dawai bersimpul yang disebut quipu dipakai oleh bangsa Inca untuk menyimpan data numerik. Sistem bilangan ada banyak dan bermacam-macam, bilangan tertulis yang pertama diketahui ada di dalam naskah warisan Mesir Kuno di Kerajaan Tengah Mesir, Lembaran Matematika Rhind.